JAKARTA, 24 April: Indonesia akan membawa balik 827 rakyatnya yang berada di Sudan pulang ke tanah air susulan pertempuran yang terjadi di kawasan Khartoum, Sudan, Afrika Utara yang berlarutan telah memasuki fasa kritikal.
Tindakan membawa keluar seluruh warga negara Indonesia telahpun dilakukan dari beberapa wilayah pertempuran dan berjaya dipindahkan ke Banda Port Sudan setakat ini.
Menurut Menteri Luar Negara Indonesia, Retno Marsudi, tindakan serta-merta ini untuk memastikan keselamatan rakyat Indonesia dari pertempuran.
“Alhamdulillah, seramai 538 warga Indonesia pada peringkat pertama telah selamat tiba di Bandar Port Sudan akan menuju Jeddah dan nanti pada peringkat kedua seramai 289 orang akan dipindahkan,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Sekurang-kurangnya 36 Tentera Nasional Indonesia dihantar dalam operasi membawa pulang semua rakyat #Indonesia ke tanah air susulan pertempuran di Kharoum, Sudan.
— TVS (@tvstvmy) April 24, 2023
📸 David Andreas (TVS)
Layari https://t.co/EGZMz1UAq9 & tonton TVS di saluran 122 Astro & MYTV.#TVS122 #TVSNews pic.twitter.com/oGhddgVskz
Katanya, keseluruhan warga Indonesia itu akan dibawa ke Jeddah, Arab Saudi yang merupakan Pusat Operasi Indonesia di sana.
“Pihak kerajaan juga membabitkan pasukan Tentera Nasional Indonesia (TNI) dalam operasi ini, dan setidaknya 36 tentera dengan satu pesawat dihantar hari ini ke Jedah untuk memastikan keselamatan operasi.
“Selanjutnya setelah misi pemindahan berjaya membawa warga Indonesia ke Jedah, pasukan TNI akan membawa mereka pulang ke Jakarta.-TVS