Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Lima cedera dalam kemalangan membabitkan dua kenderaan di Jalan Pesisir Miri, tengah malam tadi. Foto: Bomba

5 cedera, kemalangan dua kenderaan

MIRI, 24 April: Lima cedera dalam kemalangan membabitkan dua kenderaan di Jalan Pesisir di sini, tengah malam tadi.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak berkata, pihaknya menerima laporan berhubung kes itu jam 12.31 tengah malam dengan menggerakkan Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Batu Niah ke lokasi kejadian.

Lima cedera dalam kemalangan membabitkan dua kenderaan di Jalan Pesisir Miri di sini, tengah malam tadi. Foto: Bomba

“Setibanya di lokasi kejadian didapati kemalangan membabitkan kereta Perodua Viva dan Proton Iswara.

“Semua mangsa lelaki dewasa yang cedera telah dikeluarkan orang awam,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Katanya, pihak bomba hanya membantu pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengangkat mangsa masuk ke dalam ambulans.

“Semua mangsa telah dihantar ke Klinik Kesihatan Bekenu menggunakan ambulans KKM bagi mendapat rawatan,” katanya. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan