KUCHING, 24 April: Cabaran Dara Kenyalang berterusan apabila dalam episod 11 semalam, peserta top 7 perlu mengharungi satu lagi ujianĀ untuk menentukan siapakah yang layak ke grand final. Cabaran semalam adalah melibatkan lakonan dan peserta perlu melakonkan watak-watak yang telah diberikan. Mereka telah dibahagikan beberapa kumpulan dan setiap kumpulan akan mendapat skrip yang berlainan.
Kumpulan pertama adalah Lofrenska dan Priscilla mendapat skrip bertajuk Obsesi, kumpulan kedua Alicia dan Dearie mendapat skrip Cintailah Cinta dan kumpulan yang terakhir adalah Clera, Steffy dan Tonnia mendapat skrip Permata Hati.
Mentor bagi episod ke-11 kali ini adalah Amerul Affendi dan Adon Dagok. Amerul merupakan pelakon Malaysia dan Adon pula merupakan pengarah TV di Sarawak.
Pada episod sebelumnya, peserta telah memakaikan busana dari koleksi Fabriko dan untuk episod semalam, mereka telah memakai koleksi busana dari Pungu Borneo yang bertemakan Ethnic Inspire Collection oleh Lucille Awen Jon semasa Runway Catwalk.
Juri jemputan untuk episod semalam adalah, Amerul Affendi dan Adon Dagok serta juri jemputan juga turut hadir iaitu Angela Martin dan Wendy Earnest.
Pada episod sebelum-sebelumnya, ada tiga nama yang akan diumumkan dan satu nama dari mereka akan tersingkir. Untuk episod semalam, ada kelainan sedikit di mana hos akan menampilkan gambar peserta yang akan mara ke grand final.
Peserta yang pertama layak ke peringkat grand final adalah Tonnia, kedua adalah Alicia, ketiga adalah Clera, keempat adalah Lofrenska dan kelima adalah Steffy. Tersisa dua peserta lagi iaitu Dearie dan Priscilla yang mempunyai markah yang terendah. Peserta yang keenam adalah Dearie yang layak ke grand final. Bererti perjalanan Priscilla terhenti setakat episod ke-11.
Satu demi satu peserta telah tersingkir dan tersisa hanya enam sahaja yang bakal merebut gelaran Dara Kenyalang pada episod grand final. Sebelum itu, nantikan episod recap pada minggu hadapan melihat perjalanan masing-masing top 6 Dara Kenyalang.
Program realiti ini tidak hanya menekankan pada penampilan, tetapi juga kebolehan dan keunikanpersonaliti diri. Dengan adanya peluang menggunakan platform ini, diharapkan bertemu wajah-wajah baharu yang bakal memperkayakan industri hiburan terutama di Sarawak dan memperkenalkan Sarawak kepada pentas dunia. Agaknya, siapakah yang akan bakal dinobatkan sebagai ratu Dara Kenyalang?
Jangan lupa Saksikan Dara Kenyalang setiap hari Ahad pukul 3:00 petang dan siaran ulangan pada setiap Rabu 2 petang dan setiap hari Jumaat 8:45 malam hanya di TVS saluran 122 Astro dan MYTV.
Ikuti perkembangan Dara Kenyalang di semua laman media sosial @dara_kenyalang dan @tvs_entertainment dan layari laman sesawang kami di www.tvstv.my
Tonton siaran ulangan episodic Dara Kenyalang di sini: Dara Kenyalang Episodic.