Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Empat lelaki ditahan polis untuk bantu siasatan di sebuah pusat hiburan di Jalan Pudu, awal pagi semalam. Gambar hiasan. Foto Envato

Samun kedai telefon guna pistol mainan

IPOH, 23 April: Seorang lelaki warga emas diberkas polis selepas terbabit dalam kegiatan samun sebuah kedai telefon menggunakan sepucuk pistol mainan di Jalan Onn Jaafar di sini, semalam.

Menurut Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner (ACP) Yahaya Hassan, pihaknya menerima laporan berhubung kejadian itu kira-kira jam 4 petang sebelum pasukan polis bergegas ke lokasi kejadian.

Ujarnya, polis dari Balai Polis Pekan Bharu kemudiannya berjaya memberkas suspek warga tempatan berusia 66 tersebut.

“Kita turut merampas barang kes antaranya beg galas, sepucuk pistol mainan dan dua bilah pisau.

“Dengan tertangkapnya suspek, polis berjaya selesaikan dua lagi kes samun dengan modus operandi sama iaitu menggunakan senjata menyerupai pistol yang dilaporkan berlaku pada 25 Mac dan 5 April lalu,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Tambah Yahaya, hasil siasatan lanjut mendapati suspek memiliki beberapa rekod kesalahan lampau berkaitan jenayah dan dadah.

“Ujian saringan air kencing mendapati suspek positif dadah jenis morfin, suspek direman selama seminggu bermula hari ini bagi siasatan lanjut,” katanya.

Kes disiasat mengikut Seksyen 392/397 Kanun Keseksaan. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan