Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Foto: AFP

Moscow bantah keputusan Jerman usir diplomat

ByBernama

MOSCOW, 23 April: Moscow membantah keputusan Jerman yang memutuskan untuk mengusir pekerja misi diplomatik Rusia di negara itu, lapor Sputnik memetik kenyataan Kementerian Luar Rusia pada Sabtu.

“Kerajaan Jerman telah membuat keputusan mengenai pengusiran besar-besaran pekerja misi diplomatik Rusia di Jerman…Kami mengutuk sekeras-kerasnya tindakan Berlin itu yang boleh menggugat hubungan diplomatik Rusia-Jerman,” menurut kementerian itu.

Berikutan itu, Rusia turut mengumumkan akan mengusir diplomat Jerman dan memutuskan untuk mengurangkan jumlah petugas misi Jerman di Rusia.

“Duta Jerman ke Rusia Geza Andreas von Geyr telah dimaklumkan mengenai hal itu semasa perbincangan di Kementerian Luar Rusia pada 5 April lalu,” menurut kenyataan itu.

Menurut Rusia, walaupun Jerman memberi jaminan bahawa pengusiran itu tidak akan dihebahkan, namun Berlin didakwa telah membocorkan maklumat kepada media.

Pada akhir Mac, media Jerman melaporkan bahawa Kementerian Luar Jerman merancang untuk mengusir lebih 30 diplomat Rusia.

Sebelum ini, pada April 2022, Menteri Luar Jerman Annalena Baebock mengisytiharkan 40 diplomat Rusia sebagai persona non grata manakala Rusia pula mengusir 40 diplomat Jerman. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan