Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Datu Len Talif Salleh meluangkan masa berbual dengan salah seorang tetamu yang hadir di Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri di Demak Jaya di Kuching hari ini. Foto: TVS

Kuala Rajang berpotensi sebagai kawasan pembiakan alga

KUCHING, 23 April: Faktor cuaca serta lokasinya yang strategik meningkatkan potensi Kuala Rajang sebagai kawasan pembiakan alga.

Timbalan Menteri Perancangan Bandar, Pentadbiran Tanah dan Alam Sekitar, Datu Len Talif Salleh berkata, ia bakal dijadikan sebagai sumber tenaga baharu menerusi penghasilkan bahan api bio.

Baca artikel berkaitan >>>>> Tenaga hijau baharu Sarawak perlu iklim yang sesuai – Abang Johari

Mengulas lanjut, kata Len Talif, pembiakan alga memerlukan cuaca yang panas serta pancaran matahari yang cukup.

Ia sekali gus menjadikan kawasan Kuala Rajang sebagai lokasi ideal untuk pembiakan alga terutama di kawasan pesisir pantai.

Setakat ini kata Len Talif, kajian dan penyelidikan sedang dijalankan termasuk potensi untuk pengkomersilan.

“Kawasan persekitaran kita (Kuala Rajang) baik untuk pembiakan alga, ia harus dimanfaatkan untuk memudahkan urusan pengeluaran sumber tenaga baharu itu,” katanya,

Beliau berkata demikian ketika ditemui pada Majlis Rumah Terbuka Hari Raya Aidilfitri di kediamannya di Demak Jaya di sini, hari ini.

Dalam perkembangan sama, mengulas mengenai potensi perdagangan karbon, Kuala Rajang memiliki kawasan hutan paya bakau terbesar di Malaysia.

Atas faktor itu, kawasan tersebut jelasnya, mampu memberi sumbangan serta pulangan lumayan untuk menjana sumber pendapatan baharu menerusi perdagangan karbon.

Hutan paya bakau mempunyai kelebihan tersendiri apabila dapat menyimpan 10 kali ganda karbon berbanding pokok biasa.

“Kita dapat memanfaatkan hutan bakau ini dari segi perdagangan karbon, jadi kita dapat kurangkan penebangan hutan paya bakau untuk memastikan perdagangan karbon ini dapat dipertingkatkan pada masa akan datang,” ujarnya.-TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan