BINTULU, 23 April: Kanak-kanak perempuan lemas selepas jatuh sungai di belakang kilang Casmore Sungai Plan, Kidurong di sini, hari ini.
Mayat Gwenna Dhollen Richard,11, dijumpai pada jam 4.12 petang ini dan disahkan meninggal dunia oleh pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) yang berada di lokasi.
Menurut Jurucakap Pusat Gerakan Operasi, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak, pihaknya menerima laporan behubung kes itu jam 2.39 petang dengan menggerakkan Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kidurong ke lokasi kejadian.
“Operasi pencarian dilakukan dengan kaedah pencarian di permukaan air di tempat mangsa dikatakan jatuh.
“Mayat mangsa telah dibawa oleh pihak polis ke Hospital Bintulu untuk tindakan selanjutnya,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Katanya, seramai enam anggota dan agensi lain yang terlibat dalam operasi itu yang melibatkan tiga orang anggota dari Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan tiga lagi dari KKM. – TVS