Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim meluangkan masa menziarahi penyanyi era 80-an Rohana Jalil yang sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Canselor Tuanku Muhriz, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), pada Jumaat lepas. Foto: Anwar Ibrahim (Twitter)

Anwar ziarah Rohana Jalil di hospital

ByBernama

KUALA LUMPUR, 23 April: Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim meluangkan masa menziarahi penyanyi era 80-an Rohana Jalil yang sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Canselor Tuanku Muhriz, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), pada Jumaat lepas.

Anwar menerusi catatan di Facebook hari ini memaklumkan Rohana mengalami kebocoran usus dan tahap kesihatannya masih dipantau pasukan perubatan.

Perdana Menteri turut mengambil peluang menziarahi Adzis Ismail, rakan beliau sewaktu menuntut di Kolej Melayu Kuala Kangsar (MCKK) yang sedang menjalani dialisis akibat masalah kesihatan yang dialami, di hospital sama.

“Saya mendoakan kedua-dua mereka dikurniakan aafiyah (kesihatan), insya-Allah,” kata Anwar.

Media sebelum ini melaporkan Rohana atau nama sebenarnya Dara Abd Jalil, 68, dimasukkan ke hospital itu pada Selasa, sebelum selamat menjalani pembedahan pada keesokannya bagi merawat kebocoran pada usus.

Difahamkan ibu kepada pelakon Kilafairy itu sudah dipindahkan ke unit dependensi tinggi (HDU) hari ini dengan pemantauan rapi doktor. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan