Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Keadaan rumah yang roboh dilanggar dua kapal tongkang arang di sungai Keladan, wilayah Tapin, Kalimantan Selatan, petang semalam. Foto: Polis Tapin

36 rumah roboh dilanggar dua kapal tongkang arang

ByTVS

JAKARTA, 23 April: Sekurang-kurangnya 36 rumah tebing dan bot kayu di sungai Keladan, wilayah Tapin, Kalimantan Selatan roboh dilanggar dua kapal tongkang arang petang semalam.

Kejadian berlaku ketika angin kencang yang menyebabkan tongkang berkenaan dibawa aliran arus sungai yang deras.

Menurut Ketua Kampung Keladan, Muhammad Faleh, kesemua rumah yang roboh merupakan milik warga tempatan yang menyebabkan ramai panik akibat kejadian itu.

“Ketika kejadian angin kencang berlaku mengakibatkan dua tongkang yang sedang ditambat putus tali, malah sauh yang menambat turut terlepas sehingga dibawa ke tebing sungai,” katanya.

Katanya, akibat kejadian itu kerugian dianggarkan mencecah 3 bilion rupiah, malah pihak polis sedang melakukan siasatan punca kejadian dan mentaksir kerugian yang dialami.

Bagaimanapun, dilaporkan tidak ada mangsa terjejas akibat kejadian berkenaan.-TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan