Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
15 buah rumah terbakar di Jalan Pujut Corner berdekatan Gereja St Anthony di Miri, hari ini. Foto: BBP Miri

15 rumah terbakar di Pujut, dua mangsa cedera

ByIzzah Kamilah Yunus

MIRI, 23 April: Dua cedera dalam kebakaran membabitkan 15 buah rumah di Jalan Pujut Corner berdekatan Gereja St Anthony di sini, hari ini.

Mangsa lelaki yang hanya  dikenali sebagai Tom,60, melecur di paha dan belakang badan manakala mangsa wanita, Yong Kak Lin yang belum dikenal pasti umur cedera di kaki kanan dipercayai terjatuh ketika menyelamat diri dalam kebakaran itu.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) , Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak berkata, pihaknya menerima laporan berhubung kes itu pada jam 2.33 petang.

“Sebanyak 12 buah rumah terbakar keseluruhan, dua rumah terbakar 50 peratus manakala sebuah rumah hanya terbakar lima peratus.

“65 orang penghuni terjejas susulan insiden yang berlaku termasuk sebuah rumah yang kosong,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Katanya, operasi yang diketuai Pegawai Bomba Kanan II Fairuz Apit bertindak membuat permadaman menggunakan teknik secara ‘offensive’ dan ‘defensive’ dengan membentang tiga aliran 400 kaki enam nozel.

“Dua pasukan pertama membuat pemadaman api di hadapan manakala pasukan kedua melakukan kerja pemadaman di bahagian belakang.

“Pili bomba berdekatan merupakan sumber air yang digunakan untuk operasi,” katanya.

Sembilan anggota Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Lopeng dengan bantuan empat anggota BBP Lutong dan tujuh anggota BBP Miri digerakkan ke lokasi kejadian bagi membantu memadamkan kebakaran.- TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan