Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg pada Majlis Rumah Terbuka Hari Raya Aidilfitri beliau dan isteri Puan Sri Datuk Amar Juma’ani Tun Tuanku Bujang di Pusat Konvensyen Borneo Kuching (BCCK). Foto: Akma Salleh (TVS)

Sarawak bakal umum kejayaan teroka sumber tenaga hijau baharu – Abang Johari

ByAkma Salleh

KUCHING, 22 April: Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg memaklumkan, Kerajaan Sarawak akan mengumumkan kejayaan penerokaan sumber tenaga hijau baharu dalam tempoh terdekat.

Premier Sarawak itu berkata, tenaga mesra alam baharu itu dikuasakan oleh sumber angin dan solar hibrid.

“Apa yang boleh saya kongsikan setakat ini, berdasarkan kajian yang dilakukan sudah nampak kejayaan sumber tenaga baharu ini.

“Diperingkat global juga, (banyak negara) yang ingin menggunakan sumber tenaga ini,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita pada Majlis Rumah Terbuka Hari Raya Aidilfitri anjurannya dan isteri, Puan Sri Datuk Amar Juma’ani Tun Tuanku Bujang di Pusat Konvensyen Borneo Kuching (BCCK), di sini, hari ini.

Abang Johari menambah, pengumuman itu dijangka akan dilakukan hujung bulan ini.

Mengulas lanjut mengenai sumber tenaga berkenaan, Abang Johari memberitahu, tenaga hijau itu berkaitan dengan tumbuhan alga dan sejenis tumbuhan yang belum diterokai secara meluas.

“Saya yakin bahawa dengan adanya kajian ini, kita bukan sahaja dapat tenaga hijau boleh diperbaharui, malah ia juga membantu sudut perubatan,” jelasnya.

Tambah Abang Johari, tumbuhan berkenaan dipercayai hanya terdapat di Sarawak sahaja memandangkan kajiannya dilakukan di sini.

“Oleh itu, Kerajaan Sarawak telah menambah bilangan saintis di Pusat Biodiversiti Sarawak (SBC).

“Ini akan menjadi dorongan kepada saintis kita untuk meneroka bidang baharu di samping menggembleng teknologi baharu dan sumber alam semula jadi yang ada di sini,” ujarnya. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan