Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Mohd. Juwaidi Mazuki dan Nurfatehah Mat Salleh mengharumkan nama negara apabila meraih pingat pada Kejohanan Memanah Dunia hari ini. Foto: Persatuan Memanah Kebangsaan Malaysia

Pemanah Malaysia raih gangsa Piala Dunia

ByFirdaus Ismail

KUALA LUMPUR, 22 April: Pemanah negara, Mohd. Juwaidi Mazuki meraih pingat gangsa kategori compound pada Kejohanan Memanah Piala Dunia Peringkat 1 di Antalya, Turkiye hari ini.

Pemanah berusia 32 tahun itu melakar pencapaian terbaik dalam kariernya dengan menundukkan pemanah Belanda, Mike Schloesser menerusi keputusan 148- 147.

Mohd Juwaidi melakukan bidikan cemerlang pada end pertama apabila menang dengan keputusan 30-29 namun tewas dengan keputusan sama pada end kedua.

Pada end ketiga, Mohd Juwaidi kembali fokus apabila menang 30-29 namun terkandas pada end keempat.

Aksi penentuan menyaksikan dia kembali cemerlang apabila memungut 30 mata berbanding 28 yang dibidik lawan.

“Terima kasih. Apa yang boleh saya katakan, saya bertanding menentang nama besar, Schloesser dan ya saya gembira dengan keputusan ini,” katanya menerusi Instagram World Archery.

Terdahulu pada peringkat separuh aksi, Mohd. Juwaidi tewas 145 -147 kepada Jozef Bosansky dari Slovakia.

Bosansky kemudian meneruskan aksi cemerlang dengan meraih emas setelah menewaskan wakil Amerika Syarikat, Sawyer Sullivan menerusi catatan 149-148.

Sementara itu, Mohd. Juwaidi turut meraih gangsa bersama Fatin Nurfatehah dalam acara compound mixed team. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan