Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Datuk Seri Alexander Nanta Linggi maklumkan dua seksyen di Lebuhraya Pan Borneo Sarawak akan direka bentuk semula. Foto: TVS

LPB Seksyen Bukit Begunan, Lambir akan direka bentuk semula

ByAkma Salleh

KUCHING, 22 April: Projek Lebuh Raya Pan Borneo (LPB) Sarawak bagi Seksyen Sarikei di Bukit Begunan dan Lambir akan direka bentuk semula.

Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi berkata, keputusan itu diambil supaya pembinaan di dua kawasan bekenaan bersesuaian dengan bentuk muka bumi.

“Di Bukit Begunan kita akan runtuhkan semula kerana permukaan berbukit dan menggunakan rock field serta benteng yang kuat supaya tanahnya mudah tidak runtuh.

Baca artikel berkaitan >>> Parlimen: Keselamatan pengguna Pan Borneo perlu diutamakan

“Di Lambir pula, masalah yang dihadapi ialah kerana tanah lembut di situ,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri Majlis Rumah Terbuka Hari Raya Aidilfitri Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg di Pusat Konvensyen Borneo Kuching (BCCK), di sini, hari ini.

Berhubung penyelenggaran dan pembinaan semula laluan empat lorong sedia, Alexander Nanta berkata, projek tersebut akan dijalankan secara berfasa yang akan dikendalikan oleh Jabatan Kerja Raya (JKR).

“Fokus kita sekarang ialah untuk menyiapkan jajaran Pan Borneo dan sekarang untuk fasa satu sudah 94 peratus siap,” jelasnya lagi. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan