KUCHING, 22 April: Lebih 10,000 orang memeriahkan Majlis Rumah Terbuka Hari Raya Aidilfitri yang dianjurkan oleh Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg dan isteri, Puan Sri Datuk Amar Juma’ani Tun Tuanku Bujang hari ini.
Lebij istimewa, majlis yang berlangsung di Pusat Konvensyen Borneo Kuching (BCCK) itu menyaksikan kehadiran rakyat berbilang kaum dan agama sekali gus menyerlahkan lagi perpaduan dan keharmonian yang wujud sejak sekian lama di Sarawak.
Majlis turut dihadiri oleh dua Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Douglas Uggah Embas dan Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan.
Sementara itu, Menteri Pembangunan Wanita, Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti Sarawak, Dato Sri Fatimah Abdullah dan Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan Sarawak, Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah turut hadir.
Abang Johari dan isteri akan mengadakan satu lagi majlis rumah terbuka esok bermula pukul 10 pagi hingga 2 petang. -TVS