KUCHING, 22 April: Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg menyeru seluruh rakyat merapatkan saf dan berusaha bangkit menjadi umat yang kuat dan bermaruah.
Premier Sarawak itu berkata, amalan bersatu padu serta melupakan perselisihan faham adalah selari dengan ajaran agama.
“Sesungguhnya perpaduan merupakan adalah asas kepada keharmonian dan pembangunan sesebuah negara.
“Sebaliknya perpecahan serta perbalahan akan membawa kehancuran dan kemusnahan,” katanya.
Beliau berkata demikian menerusi Perutusan Khas Hari Raya Aidilfitri tahun ini.
Sementara itu, beliau turut mengajak rakyat Malaysia supaya menginsafi segala ujian dan cabaran yang diharungi ketika menghadapi ancaman wabak COVID-19 yang tidak pernah berlaku sebelum ini.
Kepada rakyat Sarawak pelbagai bangsa dan agama pula, Abang Johari turut mengingatkan supaya terus berusaha ke arah memperkukuhkan perpaduan di Bumi Kenyalang yang tercinta ini.
“Saya mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir dan Batin.
“Semoga kita beroleh kesejahteraan dan dikurniakan dengan kesihatan yang baik,” katanya. -TVS