Daeloniel McDelon Bong bersama skuad tinju kebangsaan berguru di Thailand bagi menghadapi Sukan SEA Kemboja, bulan depan. Foto TVS.

Sambut Aidilfitri di Bangkok, ‘kilat boy’ akui rindu Laksa Sarawak dan kek lapis

ByFirdaus Ismail

KUALA LUMPUR, 21 April: Petinju kebangsaan, Daeloniel McDelon Bong yang akan menyambut Hari Raya Aidilfitri di Bangkok, Thailand mengakui dia terkenang kemeriahan lebaran di Kuching, Sarawak.

Atlet kelahiran Sri Aman yang dikenali sebagai ‘kilat boy’ itu berkata, antara yang dirindui pastinya makanan Bumi Kenyalang seperti Laksa Sarawak, kek lapis, mi jawa selain rendang dan ketupat.

Begitupun, juara Kejohanan Tinju Profesional Pakistan tahun lepas itu berkata, dia enggan terlalu memikirkan kesedihan berjauhan dengan keluarga dan rakan taulan.

Baca artikel berkaitan: 
1. ‘Kilat boy’ puas impian bergelar juara SUKMA tercapai

2. Petinju Sarawak juara kejohanan tinju profesional di Pakistan

“Sebenarnya ini kali pertama saya beraya di luar negara namun perasaan sayu perlu dilupakan kerana misi berkelana ke sini sejak lebih empat minggu lalu ialah kerana mahu memantapkan diri selaku atlet negara.

“Sekarang saya dan rakan sepasukan diberikan cuti selama dua hari, oleh kami keluar dari pusat latihan di Saraburi yang terletak kira – kira 80 kilometer dari Bangkok.

“Esok pagi, selepas menunaikan sembahyang sunat Aidilfitri, mungkin akan ada jamuan dan kemudian akan pulang meneruskan latihan,” katanya kepada TVS.

Daeloniel bersama pasukan kebangsaan kini sedang mengharungi latihan selama enam minggu bersama pasukan kebangsaan Thailand sebelum menghadapi Sukan SEA di Kemboja pada bulan depan.

Skuad negara dijadual terbang ke Phnom Penh pada 4 Mei ini dari Bangkok.

Ditanya pengalaman berlatih bersama pasukan kebangsaan Thailand yang merupakan antara kuasa besar tinju, Daeloniel berkata, dia belajar beberapa perkara baharu.

“Saya dapat melihat perubahan aspek taktikal dan permainan manakala bagi kecergasan pula, ya ada peningkatan, Alhamdulillah.

“Namun saya masih cuba untuk sesuaikan diri dan mencari rentak,” katanya.

Bakal membuat penampilan pertama di temasya dwi tahunan itu, juara SUKMA tahun lepas itu berkata, dia menyasarkan untuk meraih pingat emas bagi kategori yang akan ditandinginya. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan