Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Ketua Pegawai Eksekutif Taiyo Yuden (Sarawak) Sdn Bhd Masashi Toyama menyampaikan hadiah penghargaan kepada Mohd Azman sempena pelancaran kempen keselamatan Op Selamat 20. Foto: Diana Jayaseelan (TVS)

Rancang perjalanan pada musim perayaan, elak memandu jika mengantuk – Polis

ByDiana Jayaseelan

KUCHING, 21 April: Orang ramai diingatkan agar merancang perjalanan dan usah tergesa-gesa semasa memandu pada musim perayaan ini, kata Pesuruhjaya Polis Sarawak Datuk Mohd Azman Ahmad Sapri.

Ingatan sedemikian penting tegasnya bagi mengelak berlakunya kemalangan serta memastikan perjalanan lancar dan selamat sampai ke destinasi.

“Elakkanlah dari tergesa-gesa ke sesuatu tempat sehibgga boleh mendatangkan musibah yang tidak diingini. Sekiranya penat, sila ambii masa untuk berehat sebelum meneruskan perjalanan supaya pemanduan kita lebih fokus dan selamat.”

“Ambillah masa untuk berehat sebentar sebelum memulakan atau menyambung sesuatu perjalanan supaya pemanduan kita lebih fokus dan selamat,” katanya ketika melancarkan kempen keselamatan Ops Selamat 20 Sempena Hari Raya Aidilfitri 2023 di Kilang Taiyo Yuden dengan kerjasama PERKESO di sini.

Sementara itu, selaras dengan pelancaran Program Op Selamat 20 yang akan memberi fokus kepada dua aspek keselamatan utama iaitu ‘mencegah jenayah pecah rumah dan meminimumkan kemalangan jalan raya’, Mohd Azman juga menyeru kepada orang ramai yang merancang untuk meninggalkan kediaman mereka dengan mengambil kira setiap langkah keselamatan yang diperlukan.

“Tinggalkanlah pesanan kepada jiran tetangga, di samping mengisi borang pemakluman kepada pihak polis melalui borang maklumat balik kampung yang mana boleh diperoleh secara percuma di balai polis berdekatan.”

“Anda juga boleh memuat turun borang tersebut daripada portal rasmi polis atau aplikasi ‘Volunteer Smartphone Patrol’ (VSP) di mana platform ini juga adalah saluran terbaik kepada orang ramai untuk menyampaikan maklumat kepada pihak PDRM dengan mudah. Pendaftaran sebagai ahli membolehkan orang tempatan menjadi mata dan telinga pihak polis,” jelasnya.

Kempen Ops Selamat 20 sempena Hari Raya Aidifitri 2023 ini akan diadakan selama lapan hari bermula hari ini hingga 27 April.

Seramai 750 pegawai dan anggota polis dari pelbagai cawangan akan bertugas sepanjang Op Selamat tersebut yang bertujuan menurunkan kadar kemalangan jalan raya dan mencegah jenayah pecah rumah.

Hadir sama Timbalan Pesuruhjaya Polis Sarawak Dato Mancha Ata, Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Sarawak Norizan Jili.

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan