NEW DELHI, 21 April: Umat Islam di Pakistan akan menyambut Hari Raya Aidilfitri pada Sabtu.
Pengumuman itu dibuat selepas mesyuarat Jawatankuasa Ruet-e-Hilal Pusat di Islamabad.
Pada satu sidang media, pengerusi panel melihat anak bulan, Maulana Abdul Khabir Azad, berkata jawatankuasa itu sebulat suara memutuskan Hari Raya Puasa ditetapkan pada Sabtu.
Sementara itu, Arab Saudi akan menyambut Aidilfitri pada Jumaat manakala Oman akan meraikan 1 Syawal pada Sabtu.