Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Dato Henry Harry Jinep berucap ketika mempengerusikan Mesyuarat Tritahunan PDP Bahagian N.2 Tasik Biru. Foto: TVS

Henry enggan campur tangan dalam isu pasar komuniti Bau

ByOdleen Catherny

BAU, 21 April: Susulan isu pasar komuniti Bau yang tular di media sosial baru-baru ini, Dato Henry Harry Jinep bertegas enggan campur tangan.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tasik Biru itu berkata dirinya sudah mengambil maklum terhadap permasalahan berkenaan namun tidak akan melibatkan diri.

Menurutnya, beliau namun memilih untuk tidak melibatkan diri kerana isu tersebut sudah dimajukan kepada Ahli Parlimen Mas Gading.

“Saya ada nampak juga dalam media sosial. Mereka sudah bertemu dengan wakil rakyat kita, Ahli Parlimen yang mana saya memilih untuk tidak masuk campur. Jadi saya serahkan kepada Ahli Parlimen untuk selesaikan masalah ini.

Sebab kita sama-sama dalam kerajaan, ada tugas dan tanggungjawab masing-masing, jadi tidak perlu untuk saya masuk campur. Dia (Ahli Parlimen) juga dalam kerajaan (Persekutuan), kalau dia pembangkang tadi, lain ceritalah,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai satu hantaran Facebook yang tular menyatakan golongan penjaja di pasar komuniti Bau diberi notis pengusiran pada bulan lalu, untuk keluar pada hujung Mei nanti.

Menurut hantaran itu juga, bangunan tersebut sudah pun dijual kepada syarikat persendirian.

Mengulas lanjut Henry yang juga Timbalan Menteri Pengangkutan Sarawak (Sungai dan Laut) berkata sebarang tindakan ke atas bangunan di bawah Majlis Daerah adalah terpulang kepada pihak Majlis sendiri.

“Ia tiada kaitan dengan saya sebagai seorang ahli politik. Majlis daerah mempunyai ahli-ahli majlis tersendiri, di bawah Kementerian Kesihatan Awam, Perumahan dan Kerajaan Tempatan (MLGH), kerajaan tempatan, jadi ADUN tidak masuk campur dengan sahaja tindakan pihak Majlis.

Apa-apa keputusan yang dibuat pihaknya adalah yang terbaik untuk komuniti dan dipersetujui oleh pihak kementerian, saya tidak dapat mengulas lebih,” jelasnya lagi.

Pada 11 April lalu, tular satu hantaran di Facebook menyatakan ketidakpuasan hati terhadap ketidakadilan yang diterima golongan penjaja pasar komuniti Bau yang sudah mencari sumber pendapatan di sana selama 65 tahun.

Sebanyak 23 gerai terkesan termasuk lesen mereka juga tidak akan diperbaharui selepas penghujung Mei 2023. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan