Search
Close this search box.
Search
Close this search box.

Aroma Sungkei – Episod 29 | Resipi Rendang Daging dan Kerabu Ikan Bilis

ByTVS

HIDANGAN apa yang disajikan dalam Aroma Sungkei kali ini? Ikuti episod 29 yang telah disiarkan di TVS Saluran 122 Astro dan MYTV pada Khamis (20 April).

Dua menu yang dimasak ialah Rendang Daging dan Kerabu Ikan Bilis. Sekiranya anda ingin mencuba, berikut merupakan bahan – bahan yang diperlukan untuk menyediakan lauk ini.

Rendang Daging

Bahan-bahan:

350g daging
3 sudu cili kisar
1 cawan santan
6 sudu kerisik
2 daun kunyit
8 bawang merah
4 bawang putih
3cm halia
3cm lengkuas muda
4 serai
2 sudu ketumbar
2 sudu jintan manis
Air asam jawa
Garam
Gula

Cara memasak:

  1. 1. Kisar bawang merah, bawang putih, lengkuas dan halia
  2. 2. Potong dadu daging Tumis bahan kisar, cili kisar dan kerisik
  3. 3. Hiris halus daun kunyit dan sangai jintan manis dan ketumbar
  4. 4. Masukkan daging dalam bahan tumisan dan masuk jintan manis dan ketumbar yang sudah disangai
  5. 5. Biarkan selama 2 minit dan masukkan kerisik dan santan
  6. 6. Tambah air asam jawa, gula dan garam
  7. 7. Biarkan sehingga daging masak dan kuah memekat
  8. 8. Sedia dihidang

Kerabu Ikan Bilis

Bahan-bahan:

250g ikan bilis
4 biji cili padi
1 bawang besar
1 bunga kantan
3 biji limau kasturi
Garam
Gula

Cara memasak:

  1. 1. Goreng ikan bilis sehingga garing
  2. 2. Hiris halus cili, bunga kantan dan bawang besar
  3. 3. Campur bahan hirisan dengan ikan bilis goreng
  4. 4. Tambahkan air perahan liimau, garam dan gula
  5. 5. Sedia dihidang

Aroma Sungkei bersiaran setiap hari sepanjang Ramadan pada jam 5.15 petang, ulangan keesokan harinya jam 10.15 pagi di TVS saluran 122 Astro dan MYTV. 

Anda juga boleh menonton episod penuh Aroma Sungkei di YouTube TVS Entertainment dan sedutan menarik di media sosial TVS Entertainment di FacebookInstagram dan TikTok. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan