Umat Islam di Malaysia sambut Aidilfitri pada Sabtu, 22 April

Umat Islam di Malaysia sambut Aidilfitri pada Sabtu, 22 April

ByFirdaus Ismail

KUCHING, 20 April: Umat Islam di negara ini akan menyambut Hari Raya Aidilfitri pada Sabtu, 22 April 2023.

Pengesahan itu dibuat oleh Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja Tan Sri Syed Danial Syed Ahmad menerusi siaran langsung stesen televisyen tempatan malam ini.

“Bagi menyempurnakan titah perintah Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, setelah diperkenan oleh Duli-Duli Yang Maha Mulia Raja-Raja, maka adalah dengan ini saya mengisytiharkan bahawa tarikh Hari Raya Puasa bagi negeri-negeri seluruh Malaysia telah ditetapkan pada hari Sabtu, 22 April 2023,” katanya.

Sementara itu Indonesia dan Singapura turut mengumumkan akan menyambut Aidilfitri pada Sabtu ini. -TVS

 

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan