Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Enam kes positif COVID-19 berkaitan varian Arcturus dikesan di Sarawak, dedah Institut Kesihatan dan Perubatan Komuniti (IHCM) UNIMAS.

Sarawak kesan enam kes positif COVID-19 varian Arcturus

KUCHING, 20 April: Enam kes positif COVID-19 berkaitan varian XBB1.16 atau Arcturus telah dikesan di Sarawak.

Perkara itu didedahkan oleh Pengarah Institut Kesihatan dan Perubatan Komuniti (IHCM), Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS), Profesor Dr. David Perera dalam laporan terbaharunya kepada Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Sarawak (JPBN), Datuk Amar Douglas Uggah Embas hari ini.

Sehubungan itu, beliau menasihatkan orang ramai sentiasa peka menjelang musim perayaan ini.

“Antara varian lain yang turut dikesan ialah XBB1.11.1 dengan 12 kes.

“Arcturus sebelum ini mengakibatkan peningkatan ketara kes positif COVID-19 di India dan beberapa negara lain,” katanya menerusi laporan berkenaan.

Katanya, pengesanan yang dilakukan berjaya menyusun 33 sampel antara 20 Februari hingga 13 April 2023.

“Sampel ini adalah kes positif di Kuching manakala Serian menyumbang satu dan Sibu dua kes,” katanya.

Sebelum ini, pihak berkuasa Singapura dan Indonesia juga telah mengesahkan kemunculan varian berkenaan di negara masing – masing. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan