Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Warga kota mula pulang ke kampung masing - masing malam tadi sehingga menyaksikan peningkatan aliran trafik di lebuh raya utama. Foto Bernama.

PM harap rakyat tingkat kesatuan bangunkan negara sempena Aidilfitri

ByBernama

KUALA LUMPUR, 20 April: Sempena Aidilfitri yang bakal tiba, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menzahirkan harapan agar rakyat meningkatkan kesatuan dalam membangun dan menyelamatkan negara tercinta.

Anwar berkata beliau percaya kesepaduan rakyat dapat mengangkat kembali martabat negara dan hidup dalam suasana perpaduan dengan lebih aman dan makmur.

“Sempena sambutan ini yang diraikan oleh semua umat Islam di negara kita dan seluruh dunia, saya ucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri.

“Mari kita kuatkan semangat, kesatuan rakyat Malaysia, membangunkan negara, menyelamatkan negara dan memulakan daripada diri kita setelah Ramadan Kareem kita membersihkan diri, jiwa kita supaya mengangkat martabat keluarga kita, masyarakat kita, negara kita sebagai satu kesatuan,” kata Anwar.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim (tengah) ketika hadir membuat lawatan ramah mesra bersama peniaga dan pengunjung di Bazar Ramadan Kompleks PKNS Seksyen 14 Shah Alam, semalam. Foto: Bernama.

Beliau berkata demikian menerusi video berdurasi dua minit 36 saat yang dimuat naik di Facebooknya, semalam.

Pada 10 April lepas, Pejabat Penyimpan Mohor Besar Raja-raja dalam satu kenyataan memaklumkan tarikh melihat anak bulan Syawal ditetapkan pada petang Khamis, 20 April bersamaan 29 Ramadan 1444 Hijrah di 29 lokasi terpilih di seluruh negara. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan