Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Hampir 700,000 penumpang dijangka menaiki penerbangan sepanjang tempoh Hari Raya Aidilfitri berdasarkan jumlah penerbangan yang telah diluluskan oleh Suruhanjaya Penerbangan Malaysia (MAVCOM). Foto hiasan: Envato.

MAVCOM lakukan pemeriksaan di KLIA, LTSAAS pastikan kelancaran sempena Aidilfitri

ByBernama

KUALA LUMPUR, 20 April: Hampir 700,000 penumpang dijangka menaiki penerbangan sepanjang tempoh Hari Raya Aidilfitri berdasarkan jumlah penerbangan yang telah diluluskan oleh Suruhanjaya Penerbangan Malaysia (MAVCOM), kata Pengerusi Eksekutif MAVCOM Datuk Seri Saripuddin Kasim.

Justeru bagi memastikan kelancaran dan keselesaan pengguna, MAVCOM menjalankan pemeriksaan mengejut di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) Terminal 1 dan Terminal 2 serta Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah (LTSAAS) di Subang bermula 17 April lepas.

“Daripada pemeriksaan kami, suruhanjaya ingin melaporkan bahawa tahap kesediaan kedua-dua syarikat penerbangan dan pengendali lapangan terbang di kesemua titik sentuh penumpang penerbangan adalah memuaskan selari dengan jangkaan peningkatan trafik penumpang.

“MAVCOM akan terus menjalankan pemeriksaannya dan bekerjasama bersama syarikat penerbangan serta operator lapangan terbang bagi memastikan tahap perkhidmatan ini berterusan sepanjang tempoh perjalanan Hari Raya,” katanya dalam kenyataan semalam.

Menurut kenyataan itu, MAVCOM melalui surat pada 14 April lepas turut memberi peringatan kepada pemain industri untuk memastikan kesediaan operasi secara konsisten bagi mengelakkan gangguan penerbangan.

Selain itu, MAVCOM menggesa syarikat penerbangan mematuhi jadual penerbangan serta slot yang diluluskan, selain pengendali lapangan terbang juga diingatkan untuk mematuhi tahap perkhidmatan yang ditetapkan.

Baca artikel berkaitan:

  1. 1. Bukan mahu bersaing, Sarawak hanya mahu stabilkan harga tiket penerbangan – Abang Johari
  2. 2. Kerajaan setuju Sarawak miliki syarikat penerbangan sendiri – Anwar

Pada masa sama, suruhanjaya itu menggalakkan pengguna untuk mendaftarkan aduan mereka dengan syarikat penerbangan atau pengendali lapangan terbang sekiranya berlaku gangguan penerbangan.

Katanya, pengguna terjejas yang tidak menerima maklum balas atau tidak berpuas hati dengan penyelesaian yang diberikan oleh syarikat penerbangan atau pengendali lapangan terbang boleh mengemukakan aduan di laman web www.flysmart.my atau aplikasi mudah alih FlySmart.

Pengguna juga boleh menghubungi talian pengguna MAVCOM di 1800-18-6966 untuk panggilan dalam Malaysia atau +603-7651 2777 untuk panggilan dari luar Malaysia, menurut kenyataan itu. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan