Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Foto: Facebook Jabatan Metreologi Malaysia.

Gempa bumi lemah berlaku di Beluran, Sabah

ByTiana Azni

KUCHING, 20 April: Satu gempa bumi lemah dikesan berlaku di Beluran, Sabah, pukul 9.07 pagi tadi.

Menurut Jabatan Metrologi Malaysia (MetMalaysia), gempa berukuruan 3.5 magnitud itu berpusat di koordinat 6.6 utara dan 117.4 timur pada kedalaman 10 kilometer (km).

Baca artikel berkaitan >>> Malaysia tidak sepenuhnya bebas risiko gempa bumi – NRECC

Kawasan berhampiran dengan pusat gempa itu ialah Pitas, Sabah dan Tarakan, Indonesia.

“Tiada ancaman tsunami kepada Malaysia,” jelas agensi itu menerusi kenyataan media hari ini.

Sehubungan itu, orang ramai disaran mengambil langkah berjaga-jaga dan sentiasa bersedia dengan ramalan cuaca seterusnya. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan