Yusuf Abd Wahab menyerahkan sumbangan berupa minuman kepada Temenggung Awangku Ibrahim Awangku Hosain yang mewakili penerima di Zon Sarikei. Foto: TVS

Yusuf sumbang 7,000 kotak minuman sempena Aidilfitri

SARIKEI, 19 April: Ahli Parlimen Tanjong Manis, Yusuf Abd Wahab menyumbangkan sebanyak 7,000 kotak minuman kepada rakyat di kawasannya sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri.

Daripada jumlah itu, lebih 2,000 kotak minuman untuk Zon Sarikei manakala selebihnya disumbangkan kepada penduduk di Zon Tanjong Manis termasuk Pulau Bruit dan Bintangor.

Menurut beliau, sumbangan kepada penerima di Tanjong Manis dan Pulau Bruit diserahkan pada 14 April dan 16 April lalu.

“Setiap rumah akan menerima satu karton air minuman sebagai persediaan menyambut Hari Raya. Sumbangan ini seperti yang saya katakan tadi adalah kerjasama dengan JKKK yang terpilih bagi melancarkan atau memudahkan agihan kotak minuman,” katanya ketika ditemui di sini, hari ini.

Jelas beliau, agihan dilakukan secara berperingkat-peringkat di seluruh Tanjong Manis sejak beberapa hari lalu termasuk untuk masyarakat Islam di kawasan Bintangor dan Selalang.

Sehubungan itu, beliau turut menzahirkan penghargaan kepada semua pihak termasuk Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) sehingga membolehkan proses agihan berjalan lancar.

“Jadi saya berharap sumbangan ini dapat memberi sedikit kemudahan dan meringankan sedikit beban kepada keluarga yang akan menyambut Hari Raya tidak lama lagi.

“Sumbangan ini sebagai tanda ingatan kami dari Pusat Khidmat Ahli Parlimen Tanjong Manis kepada semua keluarga yang akan menyambut Hari Raya. Pada kesempatan ini, saya mengucapkan kepada semua selamat menyambut Hari Raya Aidilfitri, maaf zahir dan batin,” katanya. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan