Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah mengimbas kad perakam waktu sebelum meninggalkan Kementerian Kesihatan bagi bersara wajib hari ini. Turut kelihatan, Dr Zaliha Mustafa dan Lukanisman Awang Sauni. Foto: Bernama.

Saya mahu rehat dahulu – Dr Noor Hisham

ByBernama

PUTRAJAYA, 19 April: Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah yang akan bersara wajib Jumaat ini, menyatakan beliau mahu berehat selepas 35 tahun berkhidmat dengan Kementerian Kesihatan (KKM).

Dr Noor Hisham yang dianggap ‘panglima perang’ KKM ketika negara berdepan pandemik COVID-19, merupakan antara individu penting yang menyampaikan perkembangan terkini dan usaha kerajaan dalam memerangi penularan wabak itu dalam negara.

“Rehat dulu,” katanya ringkas ketika ditemui media selepas mengimbas kad perakam waktu pada pukul 4.17 petang sebagai simbolik hari terakhir bertugas di KKM hari ini.

Beliau diiringi Menteri Kesihatan Dr Zaliha Mustafa, Timbalan Menteri Kesihatan Lukanisman Awang Sauni dan warga KKM yang turut hadir mengucapkan  selamat bersara kepadanya.

“Alhamdulilah semua berjalan dengan lancar, COVID-19 pun dah berkurangan dan kita dapat mengawal dengan baik dan memang saya tertunggu-tunggu untuk bersara,” kata Dr Noor Hisham.

Dr Zaliha dalam satu hantaran di Facebook beliau merakamkan penghargaan kepada Dr Noor Hisham atas khidmat bakti dan sumbangannya sepanjang 35 tahun berkhidmat di KKM. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan