Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Ajidin Salleh pada sidang media Program PBSL Ihsan Madani Kepulangan Yang Dinanti Sempena Aidilfitri Tahun 2023 di Tawau, hari ini. Foto: TVS

Lebih 16,000 banduan di seluruh negara dilepaskan menerusi Pelepasan Banduan Secara Lesen sejak 2020

TAWAU, 19 April: Jabatan Penjara Malaysia telah melepaskan 16,073 banduan menerusi program Pelepasan Banduan Secara Lesen (PBSL) di seluruh negara sejak dilaksanakan bermula Oktober 2020.

Pengarah Pengurusan Banduan Ibu Pejabat Penjara Malaysia, Komisioner Penjara, Ajidin Salleh berkata, program berkenaan amat signifikan dalam mengurangkan kadar kemasukan semula banduan iaitu 0.24 peratus.

Menurutnya, bagi Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan seramai 1,436 banduan dilepaskan dalam tempoh tiga tahun dan bagi tahun ini sehingga April seramai 415 banduan dilepaskan.

“Bagi program PBSL Ihsan Madani Kepulangan Yang Dinanti Sempena Aidilfitri yang dijalankan di seluruh negara untuk Sabah dan Wilayah Persekutuan pula seramai 38 banduan terlibat.

“Mereka terdiri daripada 15 banduan dari Penjara Pusat Kota Kinabalu, 10 banduan dari Penjara Tawau, enam banduan dari Pusat Koreksional Labuan, lima dari Penjara Sandakan dan seorang dari Penjara Wanita Kota Kinabalu,” katanya.

Beliau berkata pada Program PBSL Ihsan Madani Kepulangan Yang Dinanti Sempena Aidilfitri Tahun 2023 Penjara Negeri Sabah dan Wilayah Persekutuan di Penjara Tawau, di sini, hari ini.

Ajidin berharap banduan yang terlibat dalam program itu tidak membazirkan keistimewaan dan menghargai pembebasan yang diperolehi dan perlu bertekad untuk tidak mengulangi lagi jenayah yang dilakukan. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan