Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Datuk Seri Ahmad Maslan pada majlis penyerahan sumbangan Lembaga Hasil Dalam Negeri kepada golongan asnaf sempena program tanggungjawab sosial di Akademi Percukaian, Kuching, hari ini. Foto: TVS

Kerajaan kekal pendirian tidak benarkan pengeluaran khas KWSP – Ahmad Maslan

ByRegina Lee

KUCHING, 19 April: Kerajaan tetap dengan pendirian tidak membenarkan pengeluaran khas caruman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) walaupun menerima desakan daripada pelbagai pihak, kata Timbalan Menteri Kewangan I, Datuk Seri Ahmad Maslan.

Beliau berkata pemberhentian pengeluaran khas dilakukan susulan peratusan ahli-ahli KWSP yang memiliki simpanan RM10,000 dan ke bawah begitu tinggi.

“Apabila kita lihat pada simpanan peratusan yang begitu tinggi untuk mereka yang memiliki RM10,000 dan ke bawah, maka kita hentikan.

“Itu adalah simpanan hari tua kita dan bukan simpanan ketika hari muda, jadi saya harap semua pihak faham mengenai ini,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menyempurnakan majlis penyerahan sumbangan Lembaga Hasil Dalam Negeri kepada golongan asnaf di sini, hari ini.

Namun begitu, jelas beliau pengeluaran caruman menerusi Akaun 2 masih boleh dibuat bagi tujuan, antaranya perumahan, pendidikan dan kesihatan.

Tambah Ahmad Maslan, kerajaan mempunyai tanggungjawab untuk memastikan kesejahteraan rakyat tetap terjaga pada hari tua kelak dan tidak sewenang-wenangnya membuat keputusan.

“Kerajaan kalau hendakkan populariti boleh sahaja membenarkan pengeluaran simpanan khas KWSP, tetapi oleh kerana kerajaan ini bukan hanya ingin membantu rakyat, kerajaan ini adalah kerajaan yang bertanggungjawab,” ujarnya. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan