Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Puan Sri Datuk Amar Juma’ani Tun Tuanku Bujang bersama para pelatih PPDK Sri Satok pada Program Persiapan Raya Lebaran Istimewa di Kuching, hari ini. Foto: TVS

Juma’ani santuni pelatih dan penyelia PPDK Sri Satok menerusi program persiapan raya

KUCHING, 19 April: Isteri Premier Sarawak, Puan Sri Datuk Amar Juma’ani Tun Tuanku Bujang meluangkan masa menghadiri Program Persiapan Raya Lebaran Istimewa di Mydin Tunku Vista di sini, hari ini.

Menerusi program berkenaan, 54 pelatih serta penyelia Pusat Pemulihan Dalam Komuniti (PPDK) Sri Satok menerima sumbangan daripada beliau.

Guru PPDK Sri Satok Syafina Safri berkata Juma’ani memberi sumbangan kewangan kepada setiap penerima untuk berbelanja di pusat beli belah berkenaan. 

Juma’ani turut menyantuni semua pelatih dan membeli-belah bersama mereka untuk memilih baju raya bagi sambutan Hari Raya Aidilfitri.

Program tahunan ini merupakan inisiatif bagi membantu dan meraikan anak-anak istimewa untuk menyambut Hari Raya Aidilfitri, jelas Syafina ketika ditemui pada program berkenaan.

Hadir sama, Pengerusi PPDK Sri Satok Dato Dr Munirah Mohd Hassan dan Penyelia PPDK Sri Satok Muhammad Ameer Idzat. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan