Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Kerajaan Sarawak bersetuju menetapkan hari kelepasan am tambahan bagi seluruh Sarawak sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri 2023. Foto hiasan: TVS

Hari kelepasan am tambahan sempena Aidilfitri di Sarawak

ByMuqri Aziz

KUCHING, 19 April: Kerajaan Sarawak bersetuju untuk menetapkan hari kelepasan am tambahan bagi seluruh Sarawak sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri 2023.

Memperincikannya, Setiausaha Kerajaan Sarawak Datuk Amar Mohamad Abu Bakar Marzuki menerusi kenyataan media berkata jika tarikh 1 Syawal 1444H jatuh pada Jumaat, 21 April 2023, Kerajaan Sarawak menetapkan lsnin, 24 April 2023 sebagai hari kelepasan am tambahan.

Baca artikel berkaitan >>>>> Anwar: Satu hari kelepasan am tambahan sempena Aidilfitri

Sekiranya 1 Syawal 1444H jatuh pada Sabtu, 22 April 2023, maka Kerajaan Sarawak menetapkan Jumaat, 21 April 2023 sebagai hari kelepasan am tambahan. 

“Memandangkan hari kedua Hari Raya Aidilfitri akan jatuh pada hari kelepasan mingguan iaitu Ahad, 23 April 2023, maka lsnin, 24 April 2023 adalah cuti gantian secara automatik,” katanya.

Menurutnya, hari kelepasan awam itu diputuskan setelah mendapat nasihat daripada Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan