Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Anggota BBP Bintangor memeriksa kelengkapan dalam rutin tugasan harian bagi menghadapi sebarang kemungkinan. Foto: TVS.

Bomba hadapi cabaran tanah gambut semasa operasi pemadaman di hutan belukar

BINTANGOR, 19 April: Kawasan tanah gambut dan keadaan bumi yang berbukit-bukau antara cabaran terbesar pasukan bomba dalam melakukan operasi pemadaman melibatkan hutan belukar khususnya di daerah Meradong.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bintangor, Penolong Penguasa Bomba Nicholas Belulin berkata, keadaan menjadi lebih mencabar apabila kebakaran melibatkan kawasan besar dan tidak hanya di permukaan tetapi juga di dalam tanah.

Ketua BBP Bintangor, Penolong Penguasa Bimba Nicholas Belulin ditemui media pada hari ini. Foto: TVS.

Menurutnya, sebahagian besar kes membabitkan kawasan pertanian dan perladangan selain tempat pelupusan sampah.

“Kebiasaannya operasi pemadaman bergantung dengan kemudahan di tempat kejadian. Sekiranya kawasan tersebut mempunyai sistem peparitan, mungkin kita cepat untuk banjirkan kawasan yang terbakar.

“Sekiranya kawasan peparitan telah kering atau tiada langsung perparitan memang agak lama sebab kita perlu mengangkut sumber air daripada kawasan yang jauh,” katanya ketika ditemui pada Selasa.

Sehubungan itu, Nicholas menjelaskan terdapat tiga daerah di bawah jagaan BBP Bintangor iaitu Pakan, Julau dan Meradong.

Ujarnya, kawasan tanah gambut terbesar terletak di Meradong yang merangkumi kawasan Tulai dan Sungai Sian.

“Jarang berlakunya kebakaran secara semula jadi. Kebanyakannya adalah disebabkan faktor manusia, contohnya pembakaran untuk membuka kawasan kebun yang tidak terkawal.

“Apabila berlaku kebakaran, mereka akan segera menghubungi pihak bomba. Kebiasaannya kebakaran berulang kali terjadi di tanah gambut,” katanya.

Sehubungan itu, beliau mengingatkan orang ramai agar tidak melakukan pembakaran terbuka ketika ini kerana cuaca panas dan kering boleh mengakibatkan api mudah merebak. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan