Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Kesemua 41 penumpang bas yang terbabas dalam perjalanan dari Miri ke Kuching selamat. Foto: TVS.

Bas terbabas ke tepi jalan, 41 penumpang selamat

SIBU, 19 April: Seramai 41 penumpang melalui detik cemas apabila bas ekspres yang mereka naiki terbabas ke tepi jalan di Jalan Oya di sini malam tadi.

Kejadian sekitar jam 11.30 malam itu dipercayai berlaku selepas bas berkenaan cuba mengelak sebuah pacuan empat roda ketika membelok dari simpang lampu isyarat di lokasi kejadian.

Ketua Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Zon 4 Sibu, Penguasa Kanan Bomba (PgKB 1) Andy Alie berkata kesemua penumpang tidak mengalami kecederaan dan diminta keluar dari kenderaan sementara menunggu bantuan tiba.

“Tiada mangsa yang cedera dalam insiden itu, kesemua 41 penumpang dan pemandu terselamat.

“Kesemua penumpang terpaksa menunggu di tepi jalan sementara menunggu dua kren yang dipanggil untuk mengangkat dan menstabilkan bas itu ke jalan raya semula,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Katanya, tiada operasi kebombaan dijalankan kerana pihak syarikat bas ekspres berkenaan telah menggunakan khidmat dua kren untuk mengangkat dan menstabilkan kedudukan bas di jalan raya sebelum meneruskan perjalanan pada 2 pagi.

Difahamkan, pemandu bas berkenaan hilang kawalan sebelum bas dipandunya terbabas.

Akibat itu, semua tayar sebelah kiri bas tersangkut di sisi parit menyebabkan bas tersebut tidak dapat bergerak.

Menurutnya, bas ekspres berkenaan dalam perjalanan dari Miri ke Kuching dengan kebanyakan penumpang merupakan mereka yang pulang bercuti untuk menyambut Hari Raya Aidilfitri. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan