KUCHING, 19 April: Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg serta isteri, Puan Sri Datuk Amar Juma’ani Tun Tuanku Bujang akan menganjurkan Rumah Terbuka Hari Raya Aidilfitri di Pusat Konvensyen Borneo Kuching (BCCK) pada tahun ini.
Menurut kenyataan yang dikeluarkan Pejabat Premier Sarawak hari ini, sekiranya Hari Raya Aidilfitri jatuh pada Jumaat (21 April), justeru rumah terbuka berkenaan akan diadakan pada Jumaat bermula 3 petang hingga 6 petang dan Sabtu (22 April) bermula 10 pagi hingga 2.30 petang.
Namun sekiranya Hari Raya Aidilfitri diisytiharkan pada Sabtu (22 April), justeru Rumah Terbuka tersebut akan diadakan pada Sabtu bermula 10.30 pagi hingga 4 petang dan Ahad (23 April) bermula 10 pagi hingga 2 petang.
Orang ramai dijemput hadir dengan berpakaian kemas bagi memeriahkan suasana rumah terbuka berkenaan. – TVS