Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg (tiga kiri) diiringi Timbalannya, Dato Sri Dr Sim Kui Hian, Menteri Pengangkutan Sarawak, Dato Sri Lee Kim Shin dan Timbalan Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan Sarawak, Datuk Sebastian Ting dalam acara penyampaian sumbangan duit raya kepada anak-anak PERYATIM. Foto: TVS

Premier Sarawak santuni anak-anak PERYATIM

ByNur Suhaida Muliyono

KUCHING, 18 April: Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg dan isteri, Puan Sri Datuk Amar Juma’ani Tun Tuanku Bujang hari ini meluangkan masa berbuka puasa bersama 94 kanak-kanak dari Kompleks Kebajikan Laila Taib (PERYATIM) Kuching, di sebuah hotel terkemuka di sini.

Majlis anjuran Perbadanan Pembangunan Ekonomi Sarawak (SEDC) itu merupakan program tanggungjawab sosial korporat (CSR) agensi berkenaan bagi menyantuni golongan yang kurang bernasib baik termasuk anak-anak PERYATIM.

Majlis dimulakan dengan upacara Pertukaran Surat Rasmi Kerjasama antara SEDC dan Tabung Baitulmal Sarawak (TBS), disusuli penyerahan zakat perniagaan daripada SEDC kepada TBS bernilai RM150,000.

Majlis kemudian diteruskan dengan penyerahan sumbangan duit raya dan barangan kelengkapan sekolah kepada anak-anak yang hadir.

Turut hadir Timbalan Premier Sarawak, Dato Sri Dr. Sim Kui Hian, Menteri Pengangkutan Sarawak, Dato Sri Lee Kim Shin, Timbalan Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan Sarawak, Datuk Sebastian Ting, Pengerusi SEDC, Tan Sri Abdul Aziz Husain dan Pengurus Besar SEDC, Datu Abdul Hadi Abdul Kadir. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan