Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Dato Sri Fatimah Abdullah (kanan) menyerahkan hamper kepada Datuk Mohd Azman Ahmad Sapri sempena program ziarah ke Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Sarawak hari ini.Foto TVS.

PDRM Sarawak rekod 3,188 tangkapan berkaitan dadah tahun ini

BySalasiah Safian

KUCHING, 18 April: Polis Sarawak merekodkan sebanyak 3,188 tangkapan berkaitan dadah bermula 1 Januari hingga 31 Mac lepas.

Menteri Pembangunan Wanita, Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti Sarawak, Dato Sri Fatimah Abdullah, daripada jumlah itu sebanyak 172 tangkapan melibatkan kesalahan membekalkan dadah manakala sebanyak 734 tangkapan bagi kesalahan memiliki dadah.

Kata beliau, rekod juga menunjukkan seramai 2,282 orang yang ditahan pula positif ujian air kencing.

“Oleh itu, kita menghargai peranan yang dimainkan oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang merupakan salah satu daripada agensi penguatkuasaan yang berperanan untuk membasmi penyalahgunaan dadah,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Program Ziarah Sumbangan Hari Raya Aidilfitri 2023 di sini hari ini.

Yang turut hadir, Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Kanak-kanak dan Kesejahteraan Komuniti Sarawak, Mohammad Razi Sitam dan Pesuruhajaya Polis Sarawak, Datuk Mohd. Azman Ahmad Sapri.

Mengulas lanjut, Fatimah berkata, beliau turut dimaklumkan yang nilai rampasan dadah sepanjang tempoh sama dianggarkan sebanyak RM7.6 juta.

“Sehubungan itu, apa yang dilaksanakan PDRM sangat penting kerana ia merupakan usaha untuk memutuskan penyalahgunaan dadah dalam kalangan masyarakat,” katanya. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan