Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Penunggang motosikal dan pejalan kaki maut dalam kemalangan di Jalan UMS, Kampung Rampayan, Manggatal, dekat sini. Foto: IPD Kota Kinabalu.

Nenek maut cuba selamatkan cucu dilanggar

ByTVS

KOTA KINABALU, 18 April: Seorang nenek maut selepas dirempuh oleh sebuah motosikal ketika cuba menyelamatkan cucunya daripada dilanggar di Jalan UMS, Kampung Rampayan, Manggatal, dekat sini.

Ketua Polis Daerah, Asisten Komisioner (ACP) Mohd. Zaidi Abdullah berkata, kejadian pukul 8.45 pagi itu juga menyebabkan penunggang motosikal berkenaan yang berusia 46 tahun maut di tempat kejadian akibat kecederaan di kepala.

Sebelum itu katanya, wanita berusia berusia 56 tahun itu bersama cucunya yang berusia sembilan tahun secara tiba – tiba dilihat melintas jalan.

“Penunggang motosikal bersama teman wanitanya yang datang dari Indah Permai menuju ke 1Borneo tidak sempat mengelak lalu merempuh wanita itu dan terbabas di bahu jalan.

“Kanak – kanak itu hanya mengalami kecederaan ringan kerana sempat ditolak oleh neneknya manakala pembonceng motosikal mengalami kecederaan pada bahagian muka,” katanya menerusi kenyataan media hari ini.

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan