Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Syarikat penerbangan tambang rendah MYAirline Sdn Bhd optimis ia akan memulakan perkhidmatan di laluan antarabangsa pada Jun tahun ini.Foto MyAirlines.

MyAirline optimis mulakan perkhidmatan laluan antarabangsa pada Jun

ByBernama

BANGI, 18 April: Syarikat penerbangan tambang rendah MYAirline Sdn Bhd optimis ia akan memulakan perkhidmatan di laluan antarabangsa pada Jun tahun ini.

Destinasi antarabangsa yang disasarkan adalah di sekitar rantau Asia Tenggara iaitu Singapura, Indonesia dan Thailand.

Baca artikel berkaitan:

  1. 1. MyAirline lancar destinasi penerbangan kedua di Sarawak
  2. 2. MYAirline pertimbang tawar penerbangan Kuching-Miri

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Rayner Teo berkata tiket untuk laluan antarabangsa MyAirline dijangka dijual bulan depan.

“Mudah-mudahan, kami boleh memulakan jualan tempahan tiket sama ada akhir bulan ini atau awal bulan depan.

“Kami ada masa yang mencukupi bagi memastikan semua pesawat sedia untuk terbang,” katanya kepada pemberita selepas majlis berbuka puasa di rumah anak yatim Rumah Bakti Nur Ain di sini hari ini.

Teo juga berkata syarikat penerbangan itu merancang untuk memiliki sekurang-kurangnya 20 pesawat yang beroperasi hingga akhir tahun ini.

“Pada masa ini, kami mempunyai enam pesawat yang beroperasi,” katanya.

Syarikat penerbangan itu baru-baru ini telah menandatangani perjanjian untuk 17 pesawat Airbus A320-200 secara pajakan bagi memenuhi sasaran 20 pesawat menjelang akhir tahun 2023. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan