Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Kerajaan beri keutaamaan penyediaan rumah mampu milik untuk rakyat dengan menawarkan pengurangan harga simen untuk pembinaan rumah mampu milik. Foto: Envato

Kerajaan tawar harga simen berpatutan untuk bina rumah mampu milik

ByRegina Lee

KUCHING, 18 April: Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, kerajaan akan menawarkan harga simen pada kadar berpatutan kepada pemaju rumah mampu milik untuk membina rumah berharga RM300,000 ke bawah.

Menurut Perdana Menteri, keputusan berkenaan akan memanfaatkan golongan B40 dan M40 dengan pengurangan harga rumah maksimum sehingga RM5,000 mengikut jenis dan harga rumah.

Kata beliau, insiatif itu akan dilaksanakan dengan kerjasama Persatuan Simen dan Konkrit Malaysia (C&CA).

“Mengambil kira pengurangan harga simen itu berbanding harga pasaran, ia melibatkan jumlah keseluruhan sebanyak RM120 juta insentif swasta yang telah diberikan oleh pembekal simen kepada pembeli rumah melalui pemaju perumahan.

“Insentif swasta ini dijangka mencukupi untuk pembinaan rumah mampu milik sehingga 24,000 unit,” katanya.

Perdana Menteri menambah, langkah itu juga bertujuan untuk merealisasi hasrat Kerajaan Perpaduan mahu menyediakan rumah mampu milik untuk rakyat memandangkan kos bahan mentah yang semakin meningkat. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan