Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim. Foto: Bernama

Kadar khas bayaran saman bagi semua saman trafik PDRM

ByRegina Lee

KUCHING, 18 April: Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan melaksanakan Kadar Khas Bayaran Saman bermula 21 April sehingga 21 Mei ini bagi semua saman trafik yang dikeluarkan pada tahun 2022 dan sebelumnya.

Baca artikel berkaitan >>>>> Pemberian TAHAP ditambah kepada RM400 juta – Anwar

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, sehubungan itu setiap saman boleh dilunaskan dengan kadar harga RM50.

Namun ujarnya, pengumuman hari ini tidak terpakai bagi saman trafik yang dikeluarkan pada 2023.

“Walaupun begitu (memberikan diskaun saman), PDRM terus komited untuk memastikan keselamatan jalan raya terutamanya pada musim perayaan.

“Sehubungan itu, PDRM akan melaksanakan Op Lancar bermula hari ini dan esok dengan memfokuskan kepada laluan yang dijangka mengalami kesesakan,” katanya pada sidang media di Putrajaya hari ini.

Sementara itu, beliau turut memaklumkan yang Op Selamat 20 akan dilaksanakan bermula 20 April ini selama tujuh hari dengan tema Rumah Selamat, Selamat Sampai ke Destinasi.

Pada sidang media sama, Anwar turut mengumumkan sempena Hari Raya Aidilfitri, Jabatan Penjara akan melaksanakan pelepasan Orang Bebas Berlesen (OBB) di bawah Program Pelepasan Banduan Secara Lesen (PBSL) Ihsan MADANI (Kepulangan Yang Dinanti).

“Ini memberi peluang kepada penghuni penjara beragama Islam untuk merayakan Aidilfitri bersama keluarga selain penghuni agama lain juga berpeluang mengeratkan hubungan kekeluargaan.

“Pelepasan OBB ini dilaksanakan di seluruh institusi Penjara Malaysia membabitkan pelepasan lebih 1,000 OBB sepanjang Ramadan dan Syawal,” katanya. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan