Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Puan Sri Datuk Amar Juma'ani Tuanku Bujang (tiga dari kanan) menerima cenderahati disampaikan Shahren Yusri(kiri) pada majlis pelancaran kasut JUMA’ANI by Nottingheels hari ini. Foto Aliep Noni.

Isteri Premier Sarawak lancarkan kasut JUMA’ANI by Nottingheels

ByDiana Jayaseelan

KUCHING, 18 April: CENTEXS Commercial dengan kerjasama Nottingheels memperkenalkan kasut jenama JUMA’ANI by Nottingheels yang berciri comfort insole yang berkualiti tinggi.

Majlis perlancaran disempurnakan oleh Isteri Premier Sarawak, Puan Sri Datuk Amar Juma’ani Tuanku Bujang di JUMA’ANI Pavilion di sini, hari ini.

Pengurus Besar CENTEXS Commercial, Shahren Yusri berkata, kerjasama berkenaan diyakini mampu melonjakkan lagi jenama produk fesyen tempatan ke peringkat lebih tinggi.

“Jenama Nottingheels ini dikenali ramai dan mempunyai kualiti yang amat baik dan kerjasama yang dirintis mampu menghasilkan kasut tempatan berjenama JUMA’ANI untuk dikomersial termasuk di luar negara,” katanya kepada pemberita selepas majlis berkenaan.

Beberapa kasut jenama JUMA’ANI by Nottingheels dipamerkan oleh model pada majlis pelancaran hari ini. Foto: Diana (TVS)

Yang turut hadir, Timbalan Menteri di Jabatan Premier Sarawak ( Timbalan Menteri di Jabatan Ketua Menteri
Undang-undang, Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) dan Perhubungan Negeri-Persekutuan), Datuk Sharifah Hasidah Sayeed Aman Ghazali dan Pengerusi Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Negeri Sarawak, Datu Dr Sabariah Putit.

Sementara itu, Pengasas dan Pengarah Kreatif Nottingheels, Amy Chiew berkata, selari dengan visi CENTEXS Commercial, Nottingheels juga mengutamakan keperluan dan kehendak masyarakat.

“Kasut jenama ini menitikberatkan keselesaan kepada pengguna, 100 peratus buatan tangan tempatan selain menampilkan lapisan dalaman yang berkualiti seperti comfort insole,” katanya. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan