Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Bagi yang berpuasa, mereka disarankan agar minum air secukupnya pada waktu malam, berbuka dan sahur. Foto hiasan: Envato

Cuaca panas: Minum air kosong secukupnya, elak dehidrasi – Jurulatih kecergasan

ByDayu Adruce

KUCHING, 18 April: Minum air kosong secukupnya untuk mengelakkan badan dehidrasi ketika musim panas yang melanda seluruh negara.

Itu saranan jurulatih kecergasan El Esmail, kekurangan air dalam badan boleh menyebabkan badan menjadi letih dan lemah lebih-lebih lagi ketika musim panas ini.

Bagi yang berpuasa, beliau menyarankan agar mereka minum air secukupnya pada waktu malam, berbuka dan sahur.

Bagaimanapun ujarnya, pengambilan air yang berlebihan juga memberi kesan buruk kepada tubuh kita.

Justeru, beliau mengingatkan supaya masyarakat meminum air bersesuaian dengan keperluan badan seseorang.

“Kuantiti air yang perlu diambil setiap orang sebenarnya bergantung kepada pelbagai faktor seperti berat badan, jantina, persekitaran dan lain-lain,”

Katanya ketika menjadi tetamu dalam program bual bicara Sejahtera Asia terbitan TVS, hari ini.

Dalam pada itu, beliau berkata, bagi membekalkan air yang cukup untuk badan, tidak semestinya hanya minum sehingga lapan gelas air kosong.

Sebaliknya, ia boleh diperoleh daripada pelbagai sumber seperti sayur-sayuran dan buah-buahan.

“Amalkan pengambilan sayur-sayuran dan buah-buahan yang mengandungi banyak air serta kurangkan pengambilan makanan yang tidak berkhasiat,” ujarnya. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan