Search
Close this search box.
Search
Close this search box.

Budak perempuan 7 tahun ditemukan kusut masai jadi mangsa rogol, dera

MANJUNG, 18 April: Polis menahan dua lelaki dan seorang perempuan selepas disyaki merogol dan mendera seorang budak perempuan berusia tujuh tahun di sini semalam.

Mereka yang ditahan adalah ibu mangsa berusia 29 tahun, bapa tiri pertama berusia 40 tahun dan bapa tiri kedua berusia 26 tahun.

Ketua Polis Perak, Datuk Seri Mohd. Yusri Hassan Basri berkata, pihaknya menerima laporan daripada seorang lelaki di Balai Polis Daerah Manjung di sini kira-kira pukul 11.50 pagi semalam berhubung penemuan mangsa.

Ujarnya, mangsa ditemukan di tepi jalan di Batu 7, Segari dalam keadaan tidak terurus.

“Polis telah menghantar kanak-kanak itu ke Hospital Seri Manjung bagi pemeriksaan lanjut.

“Dia dipercayai menjadi mangsa rogol dan dera selain pemeriksaan pada badan mangsa mendapati kesan kecederaan lama dan baharu,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Ujar Mohd. Yusri, pegawai dari Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Manjung kemudiannya menahan tiga individu yang mempunyai pertalian dengan mangsa kira-kira pukul 9.30 malam tadi.

“Dua bapa tiri mangsa dan ibunya ditahan di pekarangan balai polis kerana disyaki terlibat dalam kes ini.

“Mereka yang mempunyai rekod jenayah lampau direman bermula hari ini sehingga 23 April bagi siasatan lanjut,” katanya lagi.

Beliau berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-kanak 2001 dan Seksyen 14(a) Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-kanak 2017. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan