Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Pegawai polis memegang pistol air semasa membuat rondaan semasa perayaan Songkran 2023 di jalan Khaosan di Bangkok. Foto Reuters.

264 maut dalam kemalangan jalan raya ketika cuti Songkran

ByBernama

BANGKOK, 18 April:  Seramai 264 maut dalam 2,203 kemalangan jalan raya sepanjang tujuh hari sambutan Songkran yang bermula pada 11 hingga 17 April.

Timbalan setiausaha tetap Kementerian Dalam Negeri Chotenarin Kerdsom berkata tahun ini, seramai 2,208 orang cedera dalam kemalangan jalan raya sepanjang tempoh tujuh hari tersebut.

Baca berita berkaitan >>>>> Thailand jangka kes COVID-19 meningkat selepas Songkran

“Bangkok mencatatkan jumlah kematian tertinggi, dengan 22 orang terkorban manakala kecederaan paling banyak dilaporkan di Nakhon Si Thammarat, iaitu seramai 70 orang,” katanya pada sidang media di sini hari ini.

Chotenarin berkata sepanjang kempen tujuh hari itu, pihak berkuasa telah mewujudkan 1,869 pusat pemeriksaan di seluruh negara.

“Dalam operasi itu, 279,873 kenderaan diperiksa dan 39,611 pesalah trafik ditahan termasuk 11,013 didapati memandu tanpa lesen manakala 10,530 menunggang tanpa topi keledar,” katanya.

Sementara itu, Ketua Pengarah Jabatan Pencegahan dan Tebatan Bencana Boontham Lertsukhikasemsuk berkata memandu melebihi had laju dan mabuk adalah punca utama kemalangan jalan raya semasa Songkran.

“Majoriti kematian dan kecederaan berpunca daripada individu yang tidak memakai topi keledar ketika menunggang motosikal,” katanya. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan