Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Gambar hiasan. Foto: BERNAMA

Seberang Jaya catat IPU tidak sihat pagi ini

ByBernama

BUKIT MERTAJAM, 17 April: Indeks Pencemaran Udara (IPU) di Seberang Jaya, di sini merekodkan bacaan tidak sihat manakala tiga lagi lokasi mencatatkan IPU sederhana.

Laman web Jabatan Alam Sekitar (JAS) merekodkan IPU 151 di Seberang Jaya sehingga pukul 10 pagi ini dan ia juga menunjukkan kualiti udara di kawasan itu kekal merekodkan tidak sihat sejak pukul 9 malam semalam.

Menurut JAS, IPU di Seberang Jaya juga menunjukkan trend menaik sejak pagi ini iaitu 132 pada 7 pagi meningkat kepada 135 dan seterusnya 141 pada 9 pagi hari ini.

Kawasan lain yang mencatatkan bacaan IPU pada tahap sederhana namun menghampiri tahap tidak sihat ialah Minden (95), Seberang Perai (91) dan Balik Pulau (82).

IPU antara sifar hingga 50 menunjukkan kualiti udara yang baik, 51 ke 100 (sederhana), 101 ke 200 (tidak sihat), 201 ke 300 (sangat tidak sihat) serta 300 dan ke atas (berbahaya).

Sebelum ini, Menteri Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim Nik Nazmi Nik Ahmad berkata fenomena jerebu dijangka lebih serius pada tahun ini berbanding tiga tahun lalu apabila aktiviti perladangan dan industri kembali beroperasi seperti sedia kala. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan