Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Shahelmey (kanan) menyerahkan topi keledar kepada penunggang motosikal pada Kempen Keselamatan Jalan Raya Sempena Hari Raya di Tawau. Foto: TVS

Sabah mahu harga tiket penerbangan ada harga siling

TAWAU, 17 April: Kerajaan Sabah dalam usaha mencari mekanisme terbaik agar harga tiket penerbangan yang mahal ke negeri ini setiap kali menjelang musim perayaan mempunyai harga siling.

Timbalan Ketua Menteri III Sabah, Datuk Ir Shahelmey Yahya berkata, pihaknya cakna mengenai harga tiket penerbangan yang dilapor terlalu mahal sehingga membebankan rakyat yang mahu pulang untuk menyambut perayaan bersama keluarga.

Menurutnya, perkara tersebut telah diutarakan kepada syarikat-syarikat penerbangan untuk mencari mekanisme bagi mengawal kadar tambang harga supaya tidak terlalu melampau.

“Apa yang saya difahamkan kadar tersebut mungkin berdasarkan ‘automation programme’ apabila permintaan terlalu tinggi maka harga itu naik.

“Saya berpendapat atau cadangan saya mungkin program itu boleh menetapkan satu harga had siling iaitu walau tinggi permintaan pada sesuatu masa untuk destinasi dalam negeri ini kadarnya masih releven,” katanya.

Beliau yang juga Menteri Kerja Raya Sabah berkata demikian ketika ditemui media pada Kempen Keselamatan Jalan Raya Sempena Hari Raya di hadapan Puspakom Tawau, hari ini.

Pada Ahad media melaporkan harga tiket penerbangan sehala dari Kuala Lumpur ke Tawau mencecah lebih RM5,000.

Mengulas mengenai Kempen Keselamatan Jalan Raya Sempena Hari Raya, Shahelmey menasihatkan semua pengguna jalan raya di negeri ini sentiasa berhati-hati dan kenderaan berada pada kondisi terbaik semasa musim perayaan.

“Kempen keselamatan jalan raya ini untuk menyedarkan pengguna jalan raya dan kita memilih Tawau untuk melancarkan kempen ini kerana daerah ini merekodkan kes kemalangan agak tinggi iaitu lebih 1,000 kes dalam tempoh dua tahun dan untuk tahun ini sehingga Mac sebanyak 400 kemalangan direkodkan,” katanya. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan