Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Sebuah kereta pacuan empat roda remuk selepas terlibat dalam kemalangan di Selangau pagi tadi. Foto IPD Mukah.

Polis sahkan identiti dua mangsa maut kemalangan ngeri di Selangau

SELANGAU, 17 April: Polis mengesahkan identiti dua lelaki yang maut dalam kemalangan membabitkan dua buah kereta pacuan empat roda di Kilometer 78, Jalan Mukah-Selangau, dekat sini, pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Mukah, Deputi Superintendan (DSP) Muhamad Rizal Alias berkata, mangsa yang maut dikenali sebagai David Lau Pun Wei, 27, berasal dari Jalan Apollo, Sibu.

Katanya, seorang lagi yang terkorban dalam kemalangan ngeri itu ialah Linggam Ngabok, 57, dari Rumah Randi, Ulu Kenyana, Mukah.

“Nahas pada pukul 10.30 pagi itu berlaku apabila pacuan empat roda yang dipandu oleh David Lau bersama tiga penumpang yang berusia 20 hingga 26 tahun dari arah Selangau menuju ke Mukah bertembung dengan kereta yang dipandu oleh Linggam bersama isterinya dari arah bertentangan,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Katanya, kedua – dua mangsa disahkan meninggal dunia di tempat kejadian oleh pegawai perubatan dari Klinik Kesihatan Selangau.

“Berdasarkan maklumat, isteri Linggam yang berusia 51 tahun patah tangan kiri manakala tiga penumpang pacuan empat roda berwarna hitam cedera parah,” katanya.

Beliau memberitahu, kedua-dua mayat dihantar ke Hospital Mukah untuk bedah siasat dan disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.-TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan