KUCHING, 17 April: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim tiba di Kuching hari ini untuk lawatan singkat rasmi.
Ketibaan beliau menggunakan pesawat khas pada jam 4.45 petang di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching disambut Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg dan Timbalan Premier Sarawak Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan.
Beliau dijadual merasmikan Hotel Raia dan Pusat Konvensyen dan Majlis Berbuka Puasa Bersama Asnaf dan Anak Yatim.
Selain itu, Anwar juga akan menunaikan solat Maghrib, Isyak dan sunat tarawih serta menghadiri program moreh di hotel yang sama sebelum berangkat pulang ke Kuala Lumpur pada sebelah malam.
Turut hadir ialah Timbalan Premier Sarawak Dato Sri Dr Sim Kui Hian, Setiausaha Kerajaan Sarawak Datuk Amar Mohamad Marzuki Abu Bakar, Menteri Pengangkutan Dato Sri Lee Kim Shin dan Menteri di Jabatan Premier Datuk John Sikie Tayai. – Jabatan Penerangan