Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Pengerusi Jawatankuasa Perumahan dan Kerajaan Tempatan negeri Sandrea Ng Shy Ching berkata perkhidmatan bas tersebut hanya akan mula beroperasi secara berbayar kepada orang awam pada 1 Ogos. Foto Bernama.

Operasi percubaan bas elektrik Taiping bermula 1 Mei

ByBernama

TAIPING, 17 April: Bas elektrik (EV) Majlis Perbandaran Taiping (MPT) akan beroperasi bagi tempoh percubaan selama tiga bulan bermula 1 Mei hingga 31 Julai ini.

Pengerusi Jawatankuasa Perumahan dan Kerajaan Tempatan Perak, Sandrea Ng Shy Ching berkata perkhidmatan bas tersebut hanya akan mula beroperasi secara berbayar kepada orang awam pada 1 Ogos.

Ng berkata beliau difahamkan dengan pengoperasian bas itu, MPT menjadi pihak berkuasa tempatan (PBT) pertama dalam negara yang memiliki serta menguruskan bas EV.

“Bas EV ini kita percaya akan membantu melonjakkan sektor pelancongan dan memperkenalkan tempat serta produk pelancongan di Taiping kepada semua warga Malaysia dan pelancong luar negara,” katanya selepas merasmikan majlis pelancaran bas EV MPT di sini hari ini.

Menurut Ng tiket bas boleh didapati di kaunter tiket Zoo Taping & Night Safari dengan harga bagi dewasa ialah RM20, manakala warga emas, kanak-kanak dan orang kurang upaya RM10, selain sebagai permulaan operasi, tiket dijual dengan kadar diskaun 30 peratus hingga 31 Disember 2023.

Ng berkata bas berkenaan akan melakukan empat kali perjalanan pada Isnin hingga Jumaat, manakala lima kali perjalanan untuk Sabtu dan Ahad melibatkan laluan Jejak Warisan di sekitar Bandar Taping sejauh 11.5 kilometer.

Menurutnya setiap perjalanan mengambil masa satu jam 21 minit dan disediakan pemandu pelancong bagi memberi penerangan lokasi Jejak Warisan.

Bas EV MPT yang mempunyai kapasiti 22 penumpang dan satu penumpang orang kurang upaya (OKU) itu, merupakan inisiatif beberapa syarikat tempatan dan luar negara sejak 2015.

Bas tersebut menggunakan kuasa elektrik sepenuhnya dan disumbangkan oleh kerajaan Jepun melalui Agensi Kerjasama Antarabangsa Jepun (JICA). -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan