Search
Close this search box.
Search
Close this search box.

Lelaki pukul abang selepas ditegur bertengkar dengan ibu

ByBernama

KUALA LUMPUR, 17 April: Seorang lelaki bertindak memukul abangnya dipercayai akibat tidak puas hati selepas ditegur kerana bertengkar dengan ibu mereka.

Ketua Polis Daerah Brickfields, ACP Amihizam Abdul Shukor berkata, dalam kejadian pada 4 pagi semalam di rumah mereka di Taman Bukit Angkasa di sini, mangsa mengalami kecederaan luka dan lebam di bahagian belakang badan, bahu kanan serta tangan kiri.

Beliau berkata, siasatan mendapati kejadian itu berlaku selepas mangsa melihat suspek bertengkar dengan ibu mereka kerana isu lambat keluar dari bilik air.

“Mangsa yang berusia 24 tahun kemudian menegur adiknya yang dilihat mula mengamuk dan memaki hamun ibu mereka sebelum dipukul suspek dengan getah paip dan sebatang besi selain dicederakan dengan pisau.

“Suspek yang berusia 23 tahun telah ditahan polis dan didapati mempunyai tiga rekod lampau di bawah kes jenayah serta Akta Dadah Berbahaya,” menurutnya dalam kenyataan malam tadi.

Turut dirampas senjata yang digunakan untuk mencederakan abangnya.

Amihizam berkata, suspek direman selama empat hari hingga Selasa ini dan kes disiasat mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan